fbpx
Pesawat pejuang Tejas terhempas semasa membuat pertunjukan udara pada Pameran Udara Dubai semalam. - NewsDrum

Jet pejuang India terhempas semasa pertunjukan udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Seorang juruterbang maut selepas pesawat pejuang yang dikendalikannya terhempas semasa pertunjukan udara pada Pameran Udara Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor laman berita South China Morning Post.

Pesawat pejuang buatan India, Tejas itu terhempas sekitar pukul 2.10 petang (waktu tempatan) selepas beraksi di ruang udara pameran tersebut beberapa kali semalam.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum menjunam dan terhempas di kawasan lapang. 

Asap tebal menyelubungi ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum di Dubai World Central selepas nahas itu. 

Tentera Udara India (IAF) dalam satu kenyataan berkata, juruterbang terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia. 

“IAF amat berduka cita atas kehilangan nyawa yang berlaku,” kata IAF, sambil menambah, siasatan akan ditubuhkan untuk mengenal pasti punca kemalangan. 

Polis Dubai dan pegawai lapangan terbang enggan memberikan sebarang maklumat setakat ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI