fbpx
MOHAMMAD ALIFF memulakan perniagaan kopi di Taman Paroi Jaya, Seremban dengan geran daripada Kemas bernilai RM3,000.

Barista maskulin tolak gaji RM10,000 demi kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Demi minat dan mengejar cita-cita membina per­nia­gaan sendiri, seorang lelaki sang­gup meninggalkan kerjayanya dengan gaji RM10,000 sebulan untuk menjadi seorang barista dan menceburi bidang keusahawanan.

Mohammad Aliff Ridduan, 36, nekad meninggalkan jawatan sebagai Pengurus Operasi Logistik di Port Klang dan mengusahakan bisnes kopi dikenali 1: 2 Brew, selepas empat tahun me­nim­ba pe-ngalaman secara sambilan.

“Ramai kata saya gila. Majikan pun pujuk berkali-kali. Tapi hati saya cuma pada kopi,” katanya yang juga bapa kepada dua anak itu ketika ditemui di Taman Paroi Jaya di sini.

Bercerita lanjut, Mohammad ­Aliff berkata, minatnya terhadap kopi semakin memuncak selepas menyertai beberapa kursus sebagai barista di beberapa agensi termasuk anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Menurutnya, dia memulakan perniagaan dengan geran RM3,000 daripada Kemas me­rangkumi mesin kopi, blender, biji kopi dan peralatan asas ditambah modal tambahan sebanyak RM3,000.

“Bulan pertama saya dapat meraih jualan sekitar RM7,000, namun mula merosot selepas Aidilfitri. Memang ujian awal ini hampir menggugat keyakinan diri saya. Tiga bulan berniaga memang perit dan masa itu saya betul-betul rasa apa makna bermula dari kosong.

“Bagaimanapun, atas doro­ngan dan sokongan diterima saya perlu terus kuat demi mencari rezeki dan meneruskan hidup,” katanya yang turut membuka syarikat Kopi Kraft.

Menurutnya, setiap resepi diuji mengikut cita rasa pelanggan dengan dia menggunakan biji kopi dari Indonesia dan Brazil.

“Penggunaan biji kopi itu antara faktor yang menjadikan Spanish Latte hasil resipi sendiri sebagai menu paling laris. Kopi saya hasilkan sendiri dijual antara RM7 hingga RM13 sebekas,” ­katanya.

Kini, selepas berada di bawah kontrak pengurusan selama dua tahun, Mohammad Aliff berkata, dia yang kini berada dibawah kontrak Kemas selama dua ­tahun merancang untuk membuka sebuah kafe outdoor dengan konsep tersendiri.

“Dulu saya jaga operasi syarikat. Sekarang saya nak bina sesuatu yang betul-betul saya percaya, walaupun kecil. Saya meninggalkan gaji besar bukan pengorbanan, tetapi harga untuk mengejar kehidupan yang lebih bermakna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN