fbpx

Mayat lelaki hanyut Sungai Klang ditemui di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jasad lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma pada Ahad lalu ditemukan di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, pihak polis akan mengadakan satu sidang media bagi memaklumkan butiran lanjut berhubung penemuan itu.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang.

Sazalee dilaporkan berkata, ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan yang mana 12 daripada mereka berjaya diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN