fbpx
Ismanira ketika dibawa pihak penjara ketika keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh Afiq Razali/KOSMO!

Ibu Zayn Rayyan mohon tangguh hukuman sementara pelupusan rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 4 Disember ini bagi pendengaran permohonan penangguhan hukuman ibu kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf yang dipenjara lima tahun.

Perkara itu dimaklumkan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira, 30, selaku pemohon selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Kanan Nadiah Misman.

Menurut Haresh, pihaknya telah memfailkan permohonan penggantungan hukuman menerusi notis usul pada 4 november lalu yang mana permohonan itu dibuat sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan dan hukuman diputuskan nanti.

“Pihak pendakwaan perlu menjawab permohonan tersebut pada Isnin ini manakala pihak-pihak perlu memfailkan hujahan sebelum atau pada 28 November. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh pendengaran terhadap permohonan itu pada 4 Disember ,” katanya.

Terdahulu menerusi notis usul berkenaan, ibu kepada dua anak itu memberi enam alasan membolehkannya dilepaskan sementara rayuan didengar.

Ia antara terdapat keadaan khas yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan diberikan malah rayuannya mempunyai merit kerana melibatkan isu undang-undang yang serius serta berkemungkinan besar berjaya.

Sehingga hari ini, Ismanira sudah berada di Penjara Kajang selama 20 hari sejak menjalani hukuman penjara pada 31 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN