fbpx
Tengku Zafrul ketika di acara 'Building Regional Strength through Smarter Fiscal and Trade Policies'.

RM285.2 bilion pelaburan diluluskan dalam 9 bulan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia mencipta sejarah apabila sebanyak RM285.2 bilion pelaburan diluluskan dalam tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kejayaan besar itu juga telah dikongsikan di acara ‘Building Regional Strength through Smarter Fiscal and Trade Policies’ anjuran FT Live hari ini.

Beliau berkata, dalam sembilan bulan pertama tahun ini, Malaysia telah menarik sejumlah RM285.2 bilion pelaburan yang diluluskan, mencatatkan peningkatan sebanyak 13.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Angka ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan kejelasan dasar kita.

“Kita kekal komited sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dan kompetitif di rantau ini, insya-Allah!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI