fbpx
Kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengangkat kenderaan milik mangsa yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma hari ini.

[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan milik mangsa yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini kelmarin berjaya ditemui hari ini.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero itu dijumpai kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, Pajero itu dijumpai selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini dan paras air sungai turun hampir satu meter. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut.

“Cuaca hari ini agak baik dan operasi SAR akan diteruskan hingga pukul 7 malam. Penemuan Pajero ini membantu kita memfokuskan semula laluan arus yang mungkin menghanyutkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Katanya, kenderaan itu diserah kepada syarikat. Semua aset Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia digerakkn termasuk 21 penyelam yang dibahagikan kepada empat zon.

“Dron, bot kecil dan kayak turut digunakan bagi menyusuri hampir 20 kilometer aliran Sungai Klang. Kita pecahkan kawasan kepada empat zon dan pencarian ini akan melepasi sempadan Selangor,” katanya.

Beliau mengesahkan telefon mangsa yang masih berdering semalam kini tidak lagi aktif, namun polis masih mendapatkan petunjuk untuk mengecilkan skop pencarian.

“Semalam arus deras, namun hari ini air lebih tenang, jernih, dan kurang berbahaya untuk penyelam. Empat sektor pencarian yang ditetapkan sejak semalam diteruskan dengan laluan 20km akan diteliti secara menyeluruh,” katanya.

Tambahnya, sekiranya ada struktur sungai yang mencurigakan atau halangan, kawasan tersebut akan dijadikan kawasan utama untuk penyelam melakukan pencarian.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma kira-kira 5.40 petang kelmarin.

Ketika kejadian, terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan yang mana 12 daripada mereka berjaya diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN