fbpx
Dr. Dzulkefly ketika merasmikan majlis Jelajah Wira Madani @25 Tahun Hospital Putrajaya di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Naik taraf klinik daif Sabah capai tahap 70 peratus – Dr Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerja-kerja menaik taraf klinik-klinik daif di Sabah kini telah mencapai kira-kira 70 peratus siap, manakala baki 30 peratus lagi sedang dalam pelaksanaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, proses naik taraf klinik berkenaan bukan perkara baharu sebaliknya ia telah dimulakan sejak tahun 2018.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 154 buah klinik telah selesai dinaik taraf membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM76.28 juta.

“Ia membabitkan 27 klinik pada tahun 2023 dengan peruntukan RM10.8 juta, 65 klinik (RM21.5 juta) pada 2024 dan 62 klinik (RM 43.98 juta) pada tahun ini.

“Usaha menaik taraf klinik daif bukan bermula baru-baru ini, sebaliknya telah dilaksanakan sejak 2018, dan diteruskan secara berfasa sehingga kini,” katanya selepas menyempurnakan Program Jelajah Wira Madani sempena sambutan Jubli Perak, Ulang Tahun Ke-25 Hospital Putrajaya, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI