fbpx
Dr. Dzulkefly menyampaikan Anugerah Tokoh Wira Madani kepada Pakar Perunding ‎Edokrin Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Zanariah Hussein pada majlis Jelajah Wira Madani @25 Tahun Hospital Putrajaya di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, hari ini. ‎Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Semua fasiliti kesihatan awam dilengkapi sistem EMR menjelang 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menjelang 2029, semua 150 hospital awam dan lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer di seluruh negara akan dilengkapi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan menyeluruh EMR akan dibuat secara berfasa bermula tahun depan melibatkan 16 hospital, diikuti 25 hospital pada 2027, 46 hospital (2028) dan 49 hospital pada 2029.

Beliau berkata, EMR dilaksanakan melalui dua komponen utama, iaitu Cloud-base Clinical Management System (CCMS) bagi klinik kesihatan dan Hospital Information System (HIS) bagi hospital.

“Setakat ini, sebanyak 160 klinik kesihatan di seluruh negara telah dilengkapi dengan sistem CCMS dan ia dan disasarkan meningkat kepada 200 klinik sebelum akhir tahun ini,” katanya selepas menyempurnakan Program Jelajah Wira Madani sempena sambutan Jubli Perak, Ulang Tahun Ke-25 Hospital Putrajaya, di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkata, menjelang 2029, lebih 3,000 fasiliti kesihatan primer, meliputi klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa, di seluruh negara dijangka beroperasi menggunakan sistem tersebut.

“Klinik kesihatan adalah tulang belakang kepada penjagaan kesihatan primer negara, dan sistem ini penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di peringkat komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN