fbpx
Satu lingkaran berbentuk cincin hitam muncul di langit Taman Tema Disneyland. - Lori Nayahalski/KTLA5

‘Cincin hitam’ muncul di langit Disneyland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANAHEIM, CALIFORNIA – Satu lingkaran berbentuk cincin dan berwarna hitam muncul di langit sebuah taman tema terkenal di negeri California, lapor akhbar The Sun UK. 

Lingkaran hitam itu dirakam di ruang udara Taman Tema Disneyland, bandar Anaheim, baru-baru ini. 

Penemuan itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya bernama Lori Nayahalski sebelum dikongsi di media sosial. 

“Lingkaran hitam ini  tidak hilang. Saya juga tidak tahu tetapi ia adalah sesuatu,” kata Nayahalski. 

Rakaman video itu menjadi tular dan mengundang pelbagai teori konspirasi bahawa taman tema tersebut berada di bawah pencerobohan makhluk asing. 

“Makhluk asing juga tahu di mana tempat paling bahagia dunia (Disneyland),” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN