fbpx
GATTUSO

WCQ: Gattuso gesa UEFA ubah peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Pengendali Itali, Gennaro Gattuso berharap Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) merombak peraturan kelayakan ke Piala Dunia selepas misi pasukannya untuk layak secara automatik ke saingan edisi 2026 kini di ‘hujung tanduk’.

Sebagai rekod, Itali gagal mempamerkan prestasi terbaik pada kempen kelayakan selepas menduduki tangga kedua Kumpulan I di belakang pendahulu, Norway dengan perbezaan tiga mata.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu sesama sendiri di Stadium San Siro awal pagi esok, tetapi peluang Norway untuk layak lebih cerah kerana tuan rumah memerlukan kemenangan 9-0 untuk mara secara automatik.

Jika gagal, Itali yang menduduki ranking kesembilan dunia akan beraksi di peringkat playoff sekali gus berkemungkinan untuk tidak layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Menurut Gattuso, UEFA sepatutnya menghapuskan peringkat playoff dan menghadiahkan slot automatik kepada pasukan naib juara di peringkat kumpulan saingan kelayakan.

“Pada era saya, negara yang menduduki tangga kedua peringkat kelayakan turut layak ke Piala Dunia. Saya rasa peraturan ini tidak adil dan wajar dirombak semula (oleh UEFA).

“Kami berjaya menang enam perlawanan di peringkat kelayakan tetapi masih belum layak secara automatik.

“Benua Eropah kini ada sembilan slot ke Piala Dunia manakala enam daripada 10 negara benua Amerika Selatan turut layak. Justeru, peraturan perlu diubah di peringkat Eropah pula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI