SHAH ALAM – Sindiket rokok seludup yang aktif di sekitar Lembah Klang kini semakin licik dalam menjalankan kegiatan mereka termasuk menggunakan teknologi canggih seperti peranti jammer dan pengimbas bagi mengelak dikesan polis. Peranti jammer ialah peranti elektronik yang direka untuk menyekat atau mengganggu isyarat komunikasi radio seperti talian telefon bimbit. Bagaimanapun, modus operandi sindiket tersebut berjaya dibongkar melalui operasi di sekitar Sungai Buloh pada pukul 3.30 pagi, 18 Oktober lalu. Menerusi serbuan itu, polis berjaya menahan empat lelaki warga Bangladesh……














