fbpx
Gambar hiasan

Pengusaha restoran gagal daftar Perkeso didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha restoran di sini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak dua tahun lalu.

Majistret Norina Mahmud menjatuhkan hukuman itu selepas orang kena saman (OKS), Zulkalmul Hakem Mat Zin, 33, membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Zulkalmul Hakem selaku majikan utama didakwa gagal mendaftar perusahaannya dengan Perkeso dalam tempoh tidak melebihi 30 hari selepas menggaji seorang pekerja pada 1 Januari 2019.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran miliknya di sini pada pukul 12.55 tengah hari, 1 Oktober 2019.

Zulkalmul Hakem didakwa mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Safarul Faizam Salleh manakakala OKS pula tidak diwakili peguam.

Zulkalmul Hakem yang berang dengan kehadiran pengamal media membuat liputan kes pendakwaan tersebut membayar denda RM1,500 tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN