fbpx
SEORANG lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Kulai awal pagi tadi.

Lelaki rentung terperangkap dalam kilang sampah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah kilang sampah di Jalan Seelong di sinj, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun ditemui rentung di dalam bangunan separa kekal yang musnah kira-kira 20 peratus akibat kebakaran.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Asri Yousri berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 3.58 pagi dengan kekuatan sembilan anggota bersama dua jentera jenis FRT dan sebuah unit EMRS.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan kilang sampah separa kekal dan terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam premis berkenaan.

“Mangsa berjaya ditemui namun disahkan rentung di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Asri berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan daripada pam jentera sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN