fbpx
YAMAL tidak menyertai skuad Sepanyol untuk dua aksi kelayakan kali ini selepas dilapor menjalani proses pembedahan. - AFP

WCQ: Sepanyol hilang khidmat Yamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente mengakui berang selepas pemain sensasi, Lamine Yamal mendapat pelepasan pihak pengurusan pasukan kebangsaan sekali gus tersisih aksi getir kelayakan Piala Dunia 2026 bulan ini.

Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) terpaksa memberi lampu hijau buat bintang utama Barcelona itu untuk tidak melaporkan diri dalam kem latihan pusat untuk kekal bersama kelabnya bagi menjalani pembedahan di bahagian hernia.

De la Fuente mengakui kecewa apabila kehilangan khidmat pemain berusia 18 tahun itu menjelang perlawanan getir menentang Georgia dan Turkiye nanti.

“Barisan kejurulatihan tidak dimaklumkan langsung dengan situasi Yamal dan saya difahamkan dia melakukan pembedahan di luar pengetahuan RFEF. Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dan kami terpaksa terima dengan hati terbuka.

“Namun, ini situasi pertama yang saya hadapi sepanjang menjadi pengendali pasukan (pemain tidak laporkan diri tanpa pengetahuan) dan saya agak terkejut.

“Sepatutnya, jika ada masalah kecederaan atau isu berbangkit, sekurang-kurangnya mereka perlu laporkan diri sebelum kita buat keputusan lanjut,” katanya.

Susulan kehilangan khidmat Yamal, De la Fuente memanggil tonggak Rayo Vallecano, Jorge de Frutos untuk membantu pasukan melakar kemenangan pada dua perlawanan antarabangsa kali ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI