BACHOK – Nelayan-nelayan tempatan dari jeti pangkalan Kuala Kemasin di sini sudah tiga bulan tidak turun ke laut dalam kerana keadaan laut bergelora dan ombak kuat ketika musim tengkujuh. Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Bachok, Mohd. Saripudin Ishak berkata, bagaimanapun, nelayan asing dari negara jiran tetap turun ke laut dan menjadikan perairan Malaysia sebagai sumber untuk mereka mencari rezeki. Katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Kelantan, bot-bot nelayan asing yang bersaiz besar membuatkan mereka berani untuk membelah lautan……














