fbpx
ARSENAL berada pada landasan terbaik ketika ini menjelang aksi EPL bertemu Sunderland awal pagi esok. - AFP

EPL: Arsenal terlalu sukar dikalahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta optimis pasukannya memiliki kualiti untuk melakar kemenangan ke-11 berturut-turut dalam semua kejohanan menjelang aksi bertemu Sunderland di Stadium of Light awal pagi esok.

Sebagai rekod, The Gunners kini gah mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengutip 25 mata dengan lapan kemenangan telah diraih daripada 10 perlawanan musim ini.

Menurut Arteta, keyakinan barisan pemain ketika ini sangat tinggi dan sudah pasti harapan besar kepada pasukan untuk meraih tiga mata ketika menentang The Black Cats nanti.

Bukan itu sahaja, para peminat juga tentunya mengharapkan Arsenal mampu merekodkan kemenangan kesembilan berturut-turut tanpa bolos selepas baru sahaja mencipta rekod baharu kelab selepas 105 tahun ketika menang 3-0 ke atas Slavia Praha pada Rabu lalu.

“Saya rasa persiapan yang dilakukan oleh pasukan ketika ini cukup baik dan semua pemain bersedia untuk berikan sepenuh jiwa di atas padang.

“Mereka telah pamerkan rentak konsisten sejak beberapa perlawanan lepas dan saya percaya keputusan yang sama dapat diraih jika pemain dapat kekalkan mentaliti serta prestasi dengan menyukarkan pasukan lawan.

“Tiada rahsia mengenai kejayaan pasukan ketika ini selain daripada kita berjaya mengekang setiap lawan yang dihadapi daripada menjaringkan gol selain memanfaatkan peluang yang terhidang,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut menganggap pertahanan utama, Jurrien Timber sebagai ‘wira tidak didendang’ oleh pasukan selepas mempamerkan prestasi luar biasa musim ini.

“Timber seorang pertahanan yang sangat hebat dan dia antara watak utama yang memastikan benteng kita sentiasa kebal. Timber menjadi contoh terbaik buat barisan pemain lain ketika ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN