fbpx
Suspek tembak di Sungai Golok pernah menerima 120 jahitan di tangan dan kepala kira-kira empat bulan lalu.

Suspek tembak Golok pernah terima 120 jahitan akibat ditetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suspek tembak di Sungai Golok, Thailand yang juga penjaga gol Kelantan FA pada 2019 pernah menerima 120 jahitan di tangan termasuk 20 jahitan di kepala akibat ditetak sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Golok selama sebulan.

Sumber di Thailand berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira empat bulan lalu dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan disebabkan dendam lama itu suspek bertindak nekad dalam kejadian baru-baru ini.

“Setakat ini kita masih melakukan siasatan sama ada dendam lama ini (suspek parah ditetak) menjadi punca dia nekad (membalas dendam). Kejadian (tetak) tersebut dikatakan berpunca ketika suspek menuntut hutangnya.

“Kita akan melakukan siasatan lanjut dan rapi terhadap suspek yang masih ditahan di Balai Polis Sungai Golok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, suspek yang berusia 31 tahun itu direman selama 80 hari untuk membantu siasatan.

Lelaki yang mempunyai dua kerakyatan itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Charoen Khet, Mukim Sungai Golok pada pukul 6 petang kelmarin.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN