fbpx
Adik kepada Zayn Rayyan (gambar kecil).

Ismanira sebak peguam sebut nama adik bongsu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menangis di Mahkamah Sesyen di sini apabila peguam menyebut nama adik bongsu Zayn Rayyan semasa mitegasi rayuan hukuman selepas dia mendapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autistik itu, dua tahun lalu.

Ismanira Abdul Manaf, 30, kemudian dilihat mengesat air mata sejurus selepas peguamnya, Haresh Mahadevan mula menyentuh perkembangan kesihatan anak keduanya yang juga menghidap autisme dan kini dijaga oleh keluarga saudaranya.

Melihat keadaan itu, ibu mentuanya yang juga ibu kepada Zaim Ikhwan Zahari, 30, kemudian dilihat menghulurkan tisu bagi meredakan kesedihannya.

Terdahulu semasa hujahan, Haresh berkata, sekiranya anak guam dikenakan hukuman penjara, ia akan menjejaskan kesihatan adik bongsu Zayn Rayyan itu.

“Dia merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme, sama seperti abangnya Zayn Rayyan. Akibat kes ini, Ismanira hanya diberi kebenaran untuk bertemu tidak lebih 48 jam dalam masa seminggu.

“Sebelum ini, anak kedua itu menangis ketika diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berpaut pada Ismanira kerana tidak mahu masuk ke kereta ketika dibawa ke lokasi lain,” katanya.

Justeru beliau berkata, jika berpisah, kanak-kanak terbabit boleh mengalami kemurungan lebih-lebih lagi kepada pesakit autisme yang kurang memahami situasai yang berlaku apatah lagi mengawal emosi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI