fbpx
GAMBAR fail beberapa pelancong asing di Phuket. - Foto AFP

Phuket tidak tenteram angkara pelancong Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Pegawai Thailand dan Israel  bertemu di Phuket bagi membincangkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai salah laku pelancong Israel di destinasi popular di seluruh negara berkenaan, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Thailand menyeru pelancong Israel agar menunjukkan tingkah laku  lebih baik susulan rundingan antara pihak berkuasa Thailand dan Penasihat Kanan kepada Majlis Keselamatan Israel, Avi Bitton.

Perbincangan di Phuket itu diketuai Ketua Polis Wilayah Surat Thani, Mejar Jeneral Suwat Suksri dan menumpukan kepada aduan berhubung tingkah laku tidak wajar pelancong Israel.

Salah laku mereka tertumpu  di kawasan tumpuan pelancong seperti Koh Samui, Koh Pha Ngan, Phuket dan Pai.

“Kami berharap perbincangan ini sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah pelancong Israel yang terlibat dalam tingkah laku tidak wajar,” kata Suwat.

Beliau berkata, Bitton menyokong sepenuhnya hak Thailand untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana warganegara Israel yang  didapati melanggar undang-undang, termasuk mereka yang terlibat dalam perniagaan haram.

Pelancong Israel juga dikecam kerana mengabaikan  budaya tempatan, termasuk insiden di mana seorang wanita Israel enggan menanggalkan kasut sebelum memasuki sebuah restoran dan berkata: “Duit saya yang membangunkan negara kamu.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN