fbpx
Gambar hiasan.

Guru tadika ‘hilang’ RM100,000, scammer menyamar jadi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang guru tadika terpaksa berputih mata apabila ‘kehilangan’ wang simpanan RM100,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai suaminya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, segalanya bermula apabila wanita berusia 52 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon negara asing.

Menurutnya, scammer disyaki telah menggodam WhatsApp suaminya yang bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat swasta dan menyamar sebagai ‘suami’ untuk meminjam wang daripada mangsa.

“Pada masa yang sama, suami sebenar mangsa ke luar negara atas urusan kerja selama seminggu di China.

“Scammer yang menggodam WhatsApp suaminya telah menyamar dan memberitahu wanita berkenaan akaun bank milik ‘suaminya’ tidak dapat digunakan untuk urusan perniagaan.

“Tanpa fikir panjang dan soal selidik, mangsa terus membuat tujuh transaksi ke tiga akaun berlainan dipercayai akaun keldai berjumlah RM100,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, selepas wanita itu selesai membuat transaksi, mangsa terus menghubungi suaminya bagi bertanyakan tentang bayaran balik wang yang dipinjamkan tersebut.

Katanya, suaminya memberitahu kepada mangsa bahawa nombor WhatsAppnya telah digodam dan wanita berkenaan menyedari telah ditipu sindiket penipuan sebelum membuat laporan polis semalam.

“Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN