fbpx
Suasana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 siap sedia sambut pemimpin dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung selamat tiga hari mulai esok sudah bersedia menanti ketibaan pemimpin negara antarabangsa esok.

Ketua Sekretariat Induk Logistik ASEAN 2025, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin berkata, persiapan sidang berprestij itu yang mengambil masa lebih kurang empat bulan sudah mencapai 100 peratus.

“Perancangan sidang ini melibatkan semua agensi, kementerian temasuk elemen keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketika ini, yang terakhir adalah menyediakan aturan bagi ketibaan pemimpin-pemimpin negara dan kerajaan. Jadi, saya yakin kita sudah bersedia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, hampir 8,000 petugas terlibat dan 150 sekretariat induk yang memainkan peranan dan fungsi untuk menyelaras segala persiapan dengan agensi yang terlibat.

“Semua petugas menunjukkan semangat yang tinggi. Saya berasa bangga dengan komitmen yang diberikan kerana semua memahami bahawa ini adalah demi negara dan kita nak tampilkan kehebatan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, antara perkara paling mencabar dalam menguruskan persidangan itu adalah untuk menyelaras persiapan mengikut prosedur operasi standard semua kementerian dan agensi.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perjalanan raptai penuh hari ini berjalan dengan lancar yang memberi fokus kepada tempoh masa pergerakan.

“Perkara yang paling peting adalah pergerakan setiap delegasi kerana mesyuarat yang akan berlangsung terlalu padat.

“Setakat ini kita lihat, ada sedikit kelewatan, namun kita dah kenal pasti kelemahan tersebut dan akan tanganinya bagi memastikan kelancaran perjalanan semua delegasi esok,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN