DIDIE Alias antara selebriti senior yang boleh dibawa bergurau tetapi itu bukan bermaksud boleh dipijak-pijak kepalanya.
Terbaharu, ibu kepada enam anak itu tampil dalam siaran langsung di laman sosialnya sambil melayani pertanyaan peminat.
Dalam rancak bersoal jawab diselitkan gurauan, secara tiba-tiba muncul individu bertanyakan bila Didie Alias mahu bercerai
Rakan Diva yang kebetulan mengikuti live Didie atau mesra disebut Mummy Didie pun ikut terkejut. Masih ada orang jarinya lagi laju daripada otak.
Dengan selamba, Didie terus sebut nak cili mulut netizen itu sebab tiada adab sekali gus meraih sokongan ramai. Ye. Diva pun sokong!
DIVA: Kisah orang ketiga yang merosakkan hubungan pasangan artis bakal dibongkar?














