fbpx
PENGENDALI skuad B-23 negara, Nafuzi Zain mahu beri perhatian lebih kepada persiapan sendiri bagi memastikan anak buahnya mampu capai keputusan positif.

Sukan SEA: Nafuzi enggan terlalu fokus kepada Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nafuzi Zain percaya cabaran pasukannya di Sukan SEA 2025 tidak hanya tertumpu kepada Vietnam yang kini dilabel sebagai pilihan dalam Kumpulan B.

Selain memberikan perhatian kepada persiapan sendiri, Nafuzi juga akan sentiasa bersikap waspada dengan ancaman Laos yang sudah pun memulakan gerak kerja pembentukan pasukan.

“Saya amat teruja dengan keputusan undian bagi temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung dari 3 hingga 18 Disember depan di Chiang Mai, Thailand, di mana skuad kebangsaan B-23 telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos.

“Kita sedar bahawa kita berada dalam kumpulan yang mencabar, terutamanya apabila bakal berdepan dengan Vietnam yang juga merupakan juara Piala Asean 2024. Namun, ia bukan alasan untuk menghalang kami memberi komitmen sepenuhnya dalam kejohanan kali ini.

“Kebanyakan pemain Laos juga merupakan sebahagian daripada skuad yang diturunkan ketika menentang Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini,” katanya.

Kali terakhir Malaysia memenangi ibu segala pingat emas adalah pada edisi 2011 yang ketika itu skuad negara dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee.

Nafuzi yang dijangka akan memulakan latihan pusat, hujung bulan depan berharap dapat mengumpulan barisan terbaik sekali gus mampu menghadirkan keputusan positif.

“Sasaran utama kami adalah untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu, sebelum berusaha melangkah ke pentas final.

“Perancangan kami adalah untuk memulakan persiapan melalui sesi latihan berpusat pada penghujung bulan November dan kami berharap dapat menghimpunkan pemain terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN