fbpx
Takaichi.

Anwar ucap tahniah kepada Sanae Takaichi dilantik PM wanita pertama Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada kepada Sanae Takaichi atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan Takaichi itu disifatkan sebagai detik bersejarah dalam landskap politik negara matahari terbit itu.

Selain itu katanya, ia mencerminkan keteguhan tekad serta kematangan demokrasi Jepun yang terus berkembang.

“Malaysia menghargai hubungan rakan strategik komprehensif dengan Jepun yang dibina atas asas kepercayaan, inovasi dan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau serta pertumbuhan mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut menyatakan beliau menantikan kehadiran Takaichi ke Kuala Lumpur minggu hadapan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun, bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, yang telah melawat Malaysia awal tahun ini, sekali gus mempererat persahabatan antara Kuala Lumpur dan Tokyo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN