fbpx
PSG yakin kembali ke tahap sebenar meskipun baru sahaja dikejutkan keputusan seri 3-3 dengan Strasbourg baru-baru ini. - AFP

PSG mahu sapu bersih semua gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris Saint-Germain tetap kekal dengan cita-cita besar untuk mendominasi semua pertandingan yang disertai mereka musim ini.

Walaupun dikejutkan dengan keputusan seri 3-3 menentang Strasbourg dalam aksi Ligue 1 baru-baru ini, namun pengendali PSG, Luis Enrique menegaskan kemahuan pasukannya kekal tinggi bagi mencapai keputusan cemerlang termasuk di pentas Eropah.

Awal pagi esok, PSG bakal berkunjung ke Jerman untuk menghadapi bekas juara Bundesliga, Bayer Leverkusen di Bay Arena dan Enrique menjelaskan persiapan pasukannya kekal sama setiap kali bakal berdepan mana-mana perlawanan.

“Sudah pasti kita akan melihat apa yang akan berlaku pada masa depan. Ini adalah detik yang cukup istimewa dan kami perlu menguruskan segala hal sama seperti mana-mana pasukan.

“Pastinya kami tetap mengintai peluang untuk memenangi semua pertandingan yang kami sertai. Ia adalah tugas sukar tetapi kami perlu atasi semua cabaran yang menanti kami,” katanya.

Dalam dua aksi awal di pentas UCL musim ini, PSG yang turut menjuarai Piala Super Eropah musim ini, kekal berada dalam kelas tersendiri apabila meraih enam mata maksimum, menang ke atas Atalanta sebelum menewaskan gergasi Sepanyol, Barcelona.

Menyedari tuntutan dan harapan besar bakal dipikul anak-anak buahnya ketika ini, Enrique menjelaskan sudah menjadi tanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam pasukan.

Sebagai rekod, PSG yang muncul naib juara Piala Kelab Dunia selepas tewas di final kepada Chelsea, kini berada di tangga kedua Ligue 1, satu mata di belakang Marseille. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN