fbpx
PENYERANG Manchester City, Erling Haaland (dua dari kanan) menghasilkan dua gol untuk mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Everton, semalam. - AFP

Haaland patut jaringkan lima gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola merasakan Erling Haaland sepatutnya mampu menjaringkan lebih daripada dua gol ketika menentang Everton di Stadium Etihad, semalam.

Bagaimanapun, Guardiola menegaskan The Citizens tidak wajar terlalu bergantung kepada Haaland dan menuntut sentuhan lebih tajam mampu dijelmakan oleh pemain lain.

“Saya kecewa kerana dia tidak mampu menjaringkan empat atau lima gol. Namun sebagai sebuah pasukan, kami perlu tahu yang kami tidak boleh terlalu bergantung kepadanya sahaja sebaliknya tetap perlukan sumbangan pemain lain untuk jaringkan gol.

“Memang kami kena membuka peluang kepada Haaland tetapi pemain lain juga kena memberikan sumbangan. Kami perlu menyudahkan peluang dengan baik atau kami terpaksa berdepan kesukaran.

“Permainan kami makin bagus termasuk dalam aspek hantaran. Haaland menjadi nadi utama kepada pasukan dan dia sentiasa ada untuk menjaringkan gol,” katanya.

Pada aksi semalam, Manchester City gagal menghasilkan jaringan di babak pertama namun Haaland membuktikan khidmatnya cukup penting apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit di separuh masa kedua.

Dalam masa sama, Guardiola akui pasukannya berdepan kesukaran dalam tempoh 15 ke 20 minit awal namun perkara positif adalah pemain simpanan menghadirkan impak besar hingga mampu mengesahkan tiga mata.

“Everton adalah pasukan yang bagus, lihat saja kualiti Iliman Ndiaye, Kiernan Dewsbury-Hall dan Beto yang begitu cemerlang dalam aspek hantaran jauh. Begitu juga dengan pengalaman yang ada pada James Tarkowski dan bagi saya cara kami di babak pertama tidak begitu sempurna,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI