fbpx
WAJAH-wajah Camelia yang semakin berusia semakin menawan.

Lama menyepi, makin berusia Camelia makin ‘classy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTEMUAN pelakon Cik Puan Sarimah Ibrahim dengan penyanyi Datin Seri Camelia yang dikongsikan menerusi media sosial mencuri perhatian netizen.

Bagai tidak dimakan usia, penghibur kelahiran Bumi Kenyalang itu tampak semakin jelita dan lebih ‘classy’ pada usia mencecah 51 tahun.

Bahkan menerusi hantaran video pendek itu, jelas kelihatan keperibadiannya yang lemah lembut dan ayu. Tutur bicaranya juga elok tersusun seperti dahulu.

Bukan Diva nak puji melambung, tapi Camelia yang tidak lagi aktif menyanyi selepas mempunyai anak antara penyanyi popular yang sentiasa membumi.

Jika terserempak dengannya di mana-mana, dia tak keberatan untuk memenuhi permintaan bergambar. Tak pernah dengar lagi ada peminat merungut dia sombong atau sengaja buat-buat sibuk seperti sesetengah artis.

Terima kasih juga kepada Sarimah yang berkongsi video tersebut.

Terubat rindu peminat. Apa pun dua-dua sama cantik, tak dimamah usia!

DIVA: Teringat pula kisah seorang aktres yang takut tua sampai sanggup tadah muka buat pembedahan plastik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI