GEORGE TOWN – Tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat ronda (4WD) yang tular memandu dalam keadaan berbahaya di Jalan Bukit Tambun-Simpang Ampat di Seberang Perai di sini telah mengundang kecaman pengguna media sosial.
Video berdurasi 37 saat yang dimuat naik di satu laman sosial facebook itu memaparkan kenderaan jenis Nissan Navara terbabit bukan sahaja dipandu laju tetapi berani mencelah di tengah laluan yang sibuk.
Menjengah di ruang komen, ramai yang mengkritik cara pemanduannya dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit terbabit.
“Tak bertuh (berlanggar) tak apa, hang (kamu) beretuh dengan orang, kena pula jenis masam dan stres kerja, berlemoih la hang dia buat,” tulis Muhammad Hasif Md Nanyan.
“Jarang aku jumpa kereta ini kebanyakkannya yang tak laju,” komen Eruza Deisu.
“Jenis ni yang suka menyusahkan orag yang bawa kereta dengan berhati-hati,” kata Nurul Hisanah. – KOSMO! ONLINE