fbpx
Manish mencatatkan rekod dunia kerana memiliki 1,638 kad kredit. - Guinness World Records 

Lelaki bebas hutang walau ada 1,638 kad kredit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki di India menempa nama dalam Guinness World Records apabila mengumpul 1,638 kad kredit yang berfungsi, namun bebas daripada hutang, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Manish Dhameja mencatatkan rekod dunia untuk kategori individu paling banyak memiliki kad kredit. 

Selain mengumpulnya sebagai koleksi, Manish menggunakan kad-kad tersebut untuk meraih mata ganjaran maksimum, pulangan tunai, faedah perjalanan serta keistimewaan penginapan di hotel. 

Meskipun ia digunakan sebagai sumber pendapatan, Manish mengamalkan disiplin ketat bagi memastikan tiada hutang yang tertunggak. 

“Saya rasa hidup saya tidak lengkap tanpa kad kredit. Saya boleh menikmati perjalanan lengkap termasuk ruang rehat kereta api dan lapangan terbang, makanan, spa, pelbagai baucar, tiket penerbangan domestik atau wayang, golf, petrol percuma dan lain-lain,” kata Manish. 

Tambah Manish, dia tidak perlu beratur di luar bank untuk mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ketika kerajaan membatalkan wang kertas bernominasi 500 rupee (RM24) dan 1,000 rupee (RM48) pada 2016. 

“Pada masa itu kad kredit memainkan peranan penting dalam hidup saya. Saya tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan wang di bank dan hanya membelanjakan wang melalui kad kredit,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI