fbpx
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) menyaksikan penyerahan kunci bagi Projek Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah Presint 15 di Putrjaya hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

Kompleks Sekolah Presint 15 mula beroperasi Januari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kompleks Sekolah Presint 15 yang menempatkan blok sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah akan mula beroperasi mulai sesi persekolahan baharu Januari depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, bermula bulan ini, barisan pentadbir dan guru sekolah akan ditempatkan di kompleks sekolah ini.

Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Wilayah Putrajaya akan menguruskan penempatan guru dan memastikan bilik darjah bersedia untuk menyambut kumpulan pertama pelajar pada Januari akan datang.

“Pada masa ini, kita sedang mengemas dan mengenal pasti semua pihak terlibat bagi memastikan kompleks ini dapat beroperasi dengan teratur,” katanya selepas Majlis Penyerahan Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah Presint 15, di sini, hari ini.

Menurut Aminuddin, kompleks sekolah ini menempatkan 36 bilik darjah sekolah rendah, 42 bilik darjah sekolah menengah dan lima kelas prasekolah.

“Saya dimaklumkan, sebuah sekolah di Presint 18 dijangka siap tidak lama lagi dan ia juga diharap dapat mengurangkan kepadatan di sekolah sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI