fbpx
Loke berucap pada Majlis Perhimpunan Setia Khas dan Ikrar Bebas Rasuah JPJ di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Syarikat pengangkutan ulang kesalahan berdepan tindakan tegas, lesen dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Syarikat pengendali pengangkutan yang berulang kali melakukan kesalahan bakal berdepan tindakan lebih tegas apabila lesen atau permit operasi mereka boleh digantung dan dibatalkan sepenuhnya oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu akan dilaksanakan menerusi kerangka pentadbiran baharu bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengendali berisiko tinggi.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi APAD untuk melaksanakan kerangka pentadbiran baharu itu berkuatkuasa serta merta.

“Langkah tegas ini bertujuan membanteras sikap segelintir pengendali yang menjadikan saman sebagai kos operasi, sekali gus memastikan setiap syarikat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan pematuhan undang-undang pengangkutan.

“Tindakan ini dibuat susulan dapatan Operasi Khas Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) yang dijalankan bermula 23 Jun hingga 31 Julai 2025 terhadap 500 syarikat pengendali berisiko tinggi.

“Kami dapati 54.43 peratus daripada 500 syarikat itu didapati gagal mematuhi peraturan dan angka ini menunjukkan ketidakpatuhan yang serius dan sistemik, serta keperluan mendesak untuk memperkukuh mekanisme penguatkuasaan secara lebih menyeluruh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI