fbpx
Aktiviti dakwah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dipantau pihak berkuasa agama. – GAMBAR HIASAN

Tiga ajaran sesat dalam ‘radar’ JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan terdapat tiga kumpulan ajaran sesat yang bergiat aktif di negeri ini sedang dalam pemantauan pihak berkuasa agama tersebut.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, kumpulan-kumpulan tersebut merupakan ajaran lama, namun sentiasa aktif menarik pengikut baharu.
Katanya, siasatan pihaknya mendapati kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai orga­nisasi yang tersusun dan strategi merekrut pengikut yang jelas.

“Ada dua atau tiga yang pa­ling popular dalam pemerhatian kita. Ia kumpulan lama dan sentiasa aktif. Baru-baru ini, kita juga berjaya membuat ke­sepadanan individu yang terlibat.

“Profiling ini penting untuk mengetahui sejauh mana kumpulan tersebut aktif mengembangkan kepercayaan dan keya­kinan serta pergerakan mereka,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo! di pejabatnya di sini.

Mohd. Shahzihan bagaimanapun enggan mendedahkan nama ajaran atau kumpulan terbabit, namun risikan mendapati mereka mempunyai lokasi khas untuk pertemuan serta menggunakan kod tertentu bagi mengaburi orang awam serta pihak berkuasa agama.

Katanya, seramai 60 individu dikenal pasti terbabit setakat ini dan JAIS sedang melaksanakan strategi bersepadu bagi mengekang penyebaran ajaran tersebut.

“Kita akan terus menyiasat kerana pengikutnya mungkin masih ramai, tetapi mereka semua berada dalam pemantauan JAIS,” tegasnya.

Beliau berkata, kumpulan tersebut masih menggunakan kaedah konvensional untuk menyebarkan fahaman mereka seperti pembelajaran di pondok, manakala teknologi media sosial dimanfaatkan bagi tujuan jemputan dan hebahan aktiviti.

“Secara umumnya, apa-apa­pun ajaran yang bergerak secara rahsia, menggunakan kod dan tempat khusus, ada sesuatu tidak kena dan mungkin sesat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat lebih 60 ajaran telah difatwakan sesat di Selangor setakat ini dengan beberapa daripada mereka masih aktif termasuk melalui aplikasi Telegram.

“Bagaimanapun, tiada kumpulan yang dikesan berkolabrasi atau bergabung dalam menyebarkan fahaman mereka. Lokasi (penyebaran) mereka di merata-rata bukan sahaja di kawasan bandar, malah dipinggir bandar.

“Ketaasuban yang ditanam oleh pengasasnya menyebabkan ajaran tersebut diwarisi dari ge­nerasi ke generasi sehingga ada yang terlampau patuh terhadap sistem yang dibuat pemimpin mereka sebelum ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN