fbpx
BARISAN pemain dan kejurulatihan pasukan Ghana meraikan kejayaan mereka layak ke Piala Dunia 2026.

Ghana sambar tiket Piala Dunia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ACCRA – Ghana menjadi wakil kelima dari benua Afrika yang mengesahkan slot automatik ke pentas Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Comoros 1-0 pada aksi kelayakan awal pagi tadi.

Pada aksi Kumpulan I itu, The Black Stars mengesahkan status selaku juara kumpulan hasil jaringan tunggal Mohammed Kudus sekali gus meraih 25 mata daripada 10 perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Ghana mengikut jejak empat lagi negara benua Afrika seperti Algeria, Mesir, Maghribi dan Tunisia yang sudah mengesahkan slot ke kejohanan berprestij itu lebih awal.

Pengendali Ghana, Otto Addo mengakui kejayaan membantu skuad kebangsaan layak ke pentas Piala Dunia buat kali kelima sejak enam edisi lepas adalah pencapaian luar biasa.

Addo yang turut bertanggungjawab membawa Ghana ke saingan Piala Dunia 2022 percaya saingan kelayakan kali ini lebih sukar tetapi pasukan Berjaya berikan yang terbaik.

“Saya teruja dengan rekod membantu Ghana layak ke Piala Dunia dua kali berturut-turut. Ini semua hasil kerja keras pemain dan kita hadiahkan kemenangan ini buat rakyat Ghana,” katanya.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Ghana dalam kempen Piala Dunia adalah ketika edisi 2010 apabila mara sehingga ke pentas suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI