fbpx
Saleh ditembak mati oleh militia bersenjata di kejiranan Sabra di Bandar Gaza. - Instagram

Wartawan ikonik Palestin, Saleh al-Jafarawi mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR GAZA – Aktivis dan wartawan Palestin, Saleh al-Jafarawi yang terkenal kerana mendokumentasikan perang genosid di Gaza, terbunuh ketika membuat liputan  pertempuran antara  kumpulan bersenjata di Bandar Gaza, lapor laman berita Middle East Eye.

Saluran berita Al Jazeera melaporkan, Saleh ditembak mati  militia bersenjata di kejiranan Sabra, Bandar Gaza  ketika melaporkan pertempuran antara  kumpulan disokong Israel dan pejuang Hamas.

Menurut saluran berita  Al Jazeera, sejumlah penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal turut terbunuh semasa pertempuran itu, apabila kumpulan-kumpulan  bersenjata cuba mengeksploitasi kekosongan keselamatan di Bandar Gaza berikutan gencatan senjata.

“Setiap hari ada sahaja kematian. Satu lagi kesedihan. Walaupun  Israel berhenti menyerang  tetapi apa yang tinggal adalah saki baki tentera dan pengkhianatan sesetengah orang (tali barut),” kata wartawan berpangkalan di Gaza, Mohamed Shahen.

Dia merujuk kepada kumpulan-kumpulan bersenjata di Gaza ketika berkongsi video memaparkan Saleh yang sudah tidak bernyawa.

“Semoga Allah merahmati pahlawan Saleh al-Jafarawi yang menjadi pelopor dalam melaporkan  penderitaan dan menyantuni golongan tertindas,” katanya.

Saleh menjadi terkenal semasa perang Gaza kerana menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi laporan langsung mengenai kemusnahan di lapangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI