fbpx
Fadhlina (tengah) selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang mendakwa dinoda secara bergilir-gilir oleh empat pelajar senior. Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Pelajar mangsa salah laku seksual terima sokongan emosi – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kementerian Pendidikan memberi jaminan sokongan emosi dan perlindungan menyeluruh kepada pelajar perempuan tingkatan tiga yang dipercayai menjadi mangsa salah laku seksual di sebuah sekolah di sini baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pelajar berkenaan kini sedang dirawat di hospital dan turut menerima sokongan emosi daripada kakitangan perubatan yang berpengalaman.

“Semua tindakan telah diambil oleh bahagian masing-masing, khususnya dalam memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak ini terjamin.

“Pelajar terbabit kini sedang dirawat di hospital dan mendapat sokongan emosi daripada pegawai perubatan terlatih bagi membantu proses pemulihannya,” katanya selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang mendakwa dinoda secara bergilir-gilir oleh empat pelajar senior.

Menurut Fadhlina, selain mangsa, kementerian turut menumpukan perhatian kepada kesejahteraan emosi guru dan pelajar lain di sekolah terbabit bagi memastikan suasana pembelajaran tidak terganggu.

“Kaunselor akan turun ke sekolah untuk memberikan sokongan penuh kepada seluruh warga sekolah, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka tidak terganggu dengan insiden ini.

“Empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat tetap dibenarkan menduduki peperiksaan SPM dan kita akan pastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan,” ujar Fadhlina.

Fadhlina turut menegaskan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan undang-undang lanjut dan kementerian akan terus memantau aspek disiplin serta intervensi psikososial di sekolah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI