fbpx
Pemain Malaysia cuba mengawal bola dari dirampas pemain Pakistan dalam Kejohanan Hoki Remaja bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor, Johor Bahru malam ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

SOJC: Skuad hoki remaja jadi ‘lauk’ lawan Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja mengorak langkah kiri apabila dibelasah Pakistan 7-2 dalam aksi pembukaan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pasukan Pakistan terlebih dahulu di hadapan setelah pukulan sudut penalti yang diambil Basharat Ali disempurnakan oleh Sufyan Khan.

Memasuki suku kedua, Young Tigers tampil dengan corak permainan yang lebih agresif dan hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Shafiq Adam Hariss Suzaini dan Rahul Fazrien Muhammad namun tidak berjaya menewaskan penjaga gol, Muhammad Janjua.

Ketika pasukan tuan rumah rancak mengasak kubu lawan, benteng pertahanan skuad remaja negara tampak terleka apabila Pakistan membuat serangan balas pantas menerusi larian solo kapten, Hannan Shahid sebelum menjaringkan gol pada minit ke-30.

Pada suku keempat, Pakistan menambah derita buat Malaysia apabila meledak gol ketujuh perlawanan menerusi gol padang yang dihasilkan Fayyaz Hamza pada minit ke-52.

Terdahulu, juara bertahan, Great Britain tewas tipis 2-3 kepada India pada aksi pembukaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI