fbpx
Anwar (kiri) beramah mesra bersama tetamu pada majlis Kenduri Rakyat bersama warga institusi pendidikan Islam Tahfiz dan Pondok negeri Perak di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

Anwar mahu bela nasib sekolah pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kerajaan mahu memastikan pusat pendidikan Islam termasuk sekolah-sekolah pondok diberi perhatian baik dari segi kewangan serta bantuan pemodenan yang mengikut keperluan semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesungguhan itu dimulakan apabila kerajaan hari ini mengembalikan semula bantuan sekolah agama rakyat pada tahun 2023 selepas dihentikan pada 2003.

Jelasnya, semasa membentangkan Belanjawan 2026 semalam, beliau turut mengumumkan beberapa fokus dan bantuan kewangan mencecah jutaan ringgit bagi manfaat para pelajar sekolah pondok.

“Ini adalah dasar kerajaan. Mesti pulih kedudukan sekolah agama, sekolah pondok dan maahad tahfiz. Itu menjadi dasar negara sekarang ini,” katanya semasa berucap dalam majlis Kenduri Rakyat bersama warga institusi pendidikan Islam Tahfiz dan Pondok negeri Perak di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sini.

Anwar berkata, kerajaan memulakan dengan sebanyak RM34.8 juta serta akan terus mendapatkan maklumat dan kerjasama daripada sekolah atau pusat pengajian terbabit untuk dinilai dari segi bentuk bantuan diperlukan tanpa menganggu aspek pembelajaran.

Anwar berkata, sekolah pondok mempunyai nilai sejarah tersendiri di rantau ini sewaktu berdepan aliran penjajah yang mengagungkan Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI