fbpx
Gambar hiasan

Insentif bersasar kukuh rantaian bekalan, wujud peluang pekerjaan – UOB Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UOB Malaysia menyambut baik insentif bersasar bagi sektor seperti semikonduktor, teknologi canggih, farmaseutikal dan inovasi hijau seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026 semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, insentif bersasar tersebut akan mengukuhkan rantaian bekalan, mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berkualiti.

Beliau berkata, koridor ekonomi strategik seperti Koridor Utara, kesalinghubungan dan infrastruktur Selangor, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), serta hab tenaga boleh diperbaharui Sarawak adalah kunci untuk membuka potensi pertumbuhan wilayah.

“Kami juga memuji usaha memperkukuh ekosistem semikonduktor melalui usaha sama, pelaburan bersama oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), program inkubator, dan pembiayaan bersasar.

“Inisiatif ini akan memacu peranan Malaysia dalam rantaian nilai global semikonduktor,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Wei Wei berkata, reformasi fiskal dan unjuran pengurangan defisit kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2026 menunjukkan pengurusan fiskal yang berhemah.

Ujar beliau, langkah seperti penetapan harga karbon, tarif tenaga hijau, serta sokongan kepada pengeksport melalui dana kesiapsiagaan pelarasan sempadan karbon merupakan langkah positif ke arah peralihan tenaga mampan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sokongan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kekal penting dengan RM50 bilion diperuntukkan untuk pembiayaan, jaminan dan program untuk pendigitalan dan pelaburan hijau.

“UOB Malaysia kekal komited untuk membolehkan pertumbuhan PKS dan memacu kemajuan yang inklusif dan mampan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI