fbpx
Gambar hiasan

Belanjawan 2026: Pemegang Pingat Jasa Malaysia dapat RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM500 kepada hampir 120,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.

Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

“Menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia, kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN