PETALING JAYA – Kerajaan dengan kerjasama syarikat pengeluar kenderaan nasional memperkenalkan inisiatif baharu bagi menggalakkan rakyat melupus kenderaan lama yang tidak lagi ekonomik dan selamat digunakan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui inisiatif itu, pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun layak menerima geran padanan sehingga RM4,000.
“Ia bertjuan menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE














