fbpx
Tangkap layar jentera IDF bernama Apache yang memintas konvoi misi FFC x TMTG, pagi tadi.

[VIDEO] Israel hantar Apache pintas kapal Conscience

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tentera Pertahanan Israel (IDF) telah menghantar pesawat bernama Apache bagi memintas kapal Conscience, pagi tadi.

Maklumat berkenaan dikongsikan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) di laman sosial rasminya, sebentar tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dipintas tentera Israel.

Namun pada kali ini, tentera Israel turut menggunakan helikopter berbanding hanya memintas menggunakan jalan laut seperti sebelum ini.

Komunikasi terakhir dengan kapal misi kemanusiaan berkenaan dilaporkan telah terputus sekitar pukul 10.03 pagi waktu Malaysia.

Nasib semua sukarelawan yang ditahan bagaimanapun masih belum diketahui.

Misi FFC x TMTG disertai sembilan kapal membawa aktivis kemanusiaan antarabangsa termasuk delegasi Malaysia bagi menghantar bantuan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN