fbpx
Na'imah ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh Syakir Radin/KOSMO!

Persoalan undang-undang Na’imah diteruskan depan hakim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Prosiding permohonan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berhubung pertuduhan gagal isytihar harta tetap diteruskan namun akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi lain.

Ia berikutan apabila Hakim K.Muniandy yang sebelum ini mendengar permohonan itu akan berpindah ke Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Dengan perkembangan itu, prosiding persoalan undang-undang terbabit kini akan didengar di Mahkamah Tinggi di hadapan hakim yang lain.

Terdahulu semasa prosiding sebutan semula kes, Hakim Muniandy membatalkan permohonan pendakwaan untuk menggantung prosiding berhubung persoalan undang-undang itu.

Hakim Muniandy membuat memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bersetuju permohonan terbabit.

Pada sama sama, Wan Shaharuddin turut memaklumkan, pihaknya turut mengaku janji untuk menarik balik rayuan berhubung perkara sama di Mahkamah Rayuan, selepas perbincangan dengan pihak pembelaan.

Mendengar perkara itu, peguam Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar yang mewakili Na’imah mengesahkan perkara berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 November ini bagi pengurusan semula kes bagi tarikh baharu pendengaran.

Dalam prosiding terdahulu, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 27 Ogos lalu, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Na’imah untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 21 Ogos lalu, Na’imah, 68, berjaya dalam permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berhubung tuduhan berkaitan pengisytiharan harta.

Hakim Muniandy ketika itu memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini menolak permohonannya.

Ketika membaca penghakimannya berkata, permohonan semakan Na’imah bukan sesuatu yang remeh, sebaliknya mengandungi persoalan penting yang perlu diperhalusi oleh mahkamah.

Beliau berkata, ia juga bukan penyalahgunaan proses mahkamah, tetapi cabaran yang penting dalam perundangan dengan mengguna pakai prinsip undang-undang terkini.

Pada 23 Januari 2024, Na’imah didakwa atas tuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytiharkan hartanya termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain.

Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama.

Harta itu membabitkan Ilham Tower Sdn. Bhd., Ilham Baru Sdn. Bhd., dua Mercedes-Benz, lapan hartanah, sebuah kediaman di Bukit Tunku, enam bangunan, lot tanah di Taman Tunku dan Bukit Tunku, Jalan Cantoment Road, Penang serta Jalan Anthinahapan, Taman Tun Dr. Ismail di sini.

Na’imah kemudian memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang membabitkan Seksyen 30(5), Seksyen 36(2) dan Seksyen 62 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 32(3)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ke Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI