fbpx
Penularan kes influenza dalam sekolah di seluruh Terengganu masih dalam keadaan terkawal. - GAMBAR HIASAN

Influenza: Garis panduan pencegahan penyakit diedarkan pada guru, sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penularan kes influenza dalam sekolah di seluruh Terengganu masih dalam keadaan terkawal dan tidak mengganggu kelancaran pembelajaran.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, jangkitan influenza dalam kalangan murid dan pelajar sekolah di negeri ini masih rendah.

“Setakat ini tiada sekolah di Terengganu diarahkan ditutup sementara, semua pengetua dan guru besar sekolah di negeri ini diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Satu garis panduan bagi pencegahan penyakit itu juga telah diedarkan dan ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 15 kluster baharu jangkitan influenza dan saluran pernafasan dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-39 berbanding tiga kluster minggu sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI