fbpx
Anggota Pengawal Kebangsaan dilihat tiba di Pusat Latihan Rizab Tentera Elwood di Elwood, Illinois semalam. - AFP

200 anggota Pengawal Kebangsaan tiba di Illinois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHICAGO, ILLINOIS – Seramai 200 anggota Pengawal Kebangsaan Texas tiba di negeri Illinois, kata seorang pegawai Pentagon semalam, menjelang penempatan yang dirancang di bandar Chicago yang ditentang keras oleh pegawai Parti Demokrat tempatan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghantar tentera ke jalan-jalan di Los Angeles dan Washington, DC selain mengarahkan mereka ke Memphis, Chicago dan Portland.

Beliau mengancam untuk menggunakan kuasa darurat bagi meneruskan usaha sedemikian sekiranya mahkamah menghalang tindakan itu.

Trump membesar-besarkan skala pergolakan di Los Angeles dan jenayah di Washington untuk mewajarkan penempatan itu, manakala seorang hakim mencadangkan bahawa beliau melakukan perkara sama di Portland.

“Tentera dari Texas dihantar ke Illinois sebagai sebahagian daripada misi untuk melindungi fungsi persekutuan, kakitangan dan harta benda,” kata pegawai Pentagon dengan syarat enggan namanya disiarkan sambil menambah, anggota Pengawal Kebangsaan telah digerakkan untuk tempoh awal 60 hari.

Penempatan pasukan yang dirancang itu menimbulkan kemarahan Gabenor Demokrat, JB Pritzker yang berkata, sebarang penempatan tentera yang bertentangan dengan kehendak kerajaan negerinya akan dianggap ‘pencerobohan’.

Trump pada hujung minggu membenarkan pengerahan 700 tentera Pengawal Kebangsaan ke Chicago, sekali gus mencetuskan tuntutan mahkamah oleh pegawai negeri Illinois yang menuduh beliau menggunakan tentera AS untuk menghukum musuh politiknya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI