fbpx
PELAKON Nadzmi Adwa dan Yatt Amzah antara keluarga yang menanti ketibaan 23 sukarelawan GSF di balai ketibaan KLIA malam ini.

Ribuan menanti, selebriti GSF selamat tiba di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Selepas beberapa jam menunggu, selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Hazwani selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada pukul 10 malam tadi.

Bagaimanapun, setakat ini mereka masih tidak keluar dari laluan ketibaan domestik bagi menjalani pemeriksaan keadaan diri sama ada bersedia atau tidak untuk berjumpa orang ramai.

Selain itu, 19 aktivis kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) juga tiba di KLIA termasuk PU Rahmat, Farah Lee, Haroqs dan dan Zainal Rashid Ahmad.

Berdasarkan pemerhatian, ribuan pengunjung hadir di pekarangan laluan ketibaan domestik seawal pukul 7 malam bagi menyambut ketibaan kesemua aktivis.

Sepanjang waktu menunggu, pengunjung dengan semangat melaungkan ‘Free Palestin’ selain disambut dengan selawat ke atas Nabi Muhammad.

Manakala, suami kepada selebriti hadir ke KLIA 1 pada pukul 9.40 malam dengan menaiki empat  bas.

Suami kepada Ardell, Nadzmi hadir bersama dua orang anaknya sambil membawa jambangan bunga bagi menjemput isteri tercinta.

Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Glotilla (GSF) ke Gaza, dibebaskan.

Mereka dibawa ke Lapangan Terbang Ramon di Israel sebelum menuju ke Istanbul, Turkiye. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI