fbpx
Sultan Ibrahim ketika keberangkatan tiba di Istana Negara hari ini.

Agong berangkat hadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR– Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-270 yang berlangsung di Istana Negara.

Menerusi laman sosial rasmi Sultan Ibrahim, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Turut berangkat, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, selaku wakil rasmi Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Pra-mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-270, yang menghimpunkan semua Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri bagi membincangkan hal-hal penting berkaitan urusan negara dan institusi diraja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI