fbpx
Kor Ming ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2025 di Semarak Hall, Cyberjaya, Cyberjaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Hidang arak: ‘Jangan besarkan isu, boleh jejaskan VMY 2026’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru semua pihak agar tidak membesar-besarkan isu hidangan arak pada Global Travel Meet 2025 baru-baru ini.

Menurutnya, isu itu tidak harus diperbesarkan apatah lagi mencari kesalahan yang boleh menimbulkan polemik.

“Tindakan seperti ini hanya akan menjejaskan imej negara, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026).

“Kita perlu menonjolkan imej Malaysia sebagai destinasi yang mesra dan terbuka kepada pelancong dari seluruh dunia.

“Jika kita terus mencipta isu-isu sebegini, sukar untuk kita bekerjasama dan mencapai matlamat bersama,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Hari Habitat Sedunia peringkat Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu kontroversial membabitkan acara hidangan arak pada majlis Global Travel Meet 2025, baru-baru ini.

Katanya, beliau menegaskan bahawa penganjuran majlis makan malam dalam program itu Global Travel Meet adalah inisiatif daripada pemain industri dan sektor swasta.

Kor Ming berkata, pada peringkat awal, beliau difahamkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama Tourism Malaysia berperanan sebagai penganjur utama.

Namun, katanya, selepas melihat potensi besar program tersebut dalam menarik peluang perniagaan, pihak industri swasta tampil secara sukarela untuk mengambil alih penganjuran acara makan malam berkenaan.

“Majlis ini diadakan khusus untuk tetamu luar negara dan dihadiri oleh pelbagai sektor, termasuk tetamu beragama Islam dan bukan Islam. Dalam acara komersial, penyediaan minuman beralkohol adalah perkara biasa. Namun begitu, sudah tentu kita tidak akan memaksa rakan Muslim untuk meminumnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI