SUBANG JAYA – “Aku sudah jawab. Cukuplah!”
Itu kenyataan ringkas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu kontroversi hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan, baru-baru ini.
Beliau diminta mengulas ketika hadir pada sesi walkabout AACB 2025 bersama delegasi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) di Sunway Pyramid Convention Centre, di sini hari ini.
Terdahulu, King Sing dilaporkan berkata, Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.
Jelasnya, acara makan malam yang dijadikan isu oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebenarnya inisiatif pihak industri dan sektor swasta.
Kata beliau, memandangkan Tourism Malaysia buat julung kalinya menganjurkan acara global sedemikian, pihak industri dan sektor swasta teruja sehingga berhasrat untuk menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam itu. – KOSMO! ONLINE