fbpx
Imej bola api dirakam oleh penduduk di Cirebon malam tadi. - Istimewa

Penduduk gempar lihat bola api jatuh dari langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk Cirebon, wilayah Jawa Barat digemparkan dengan penampakan bola api misteri yang jatuh dari langit dan mengeluarkan bunyi dentuman kuat, lapor laman berita Detik semalam.

Insiden berlaku sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) semalam.

Seorang penduduk, Wamad, 32, berkata, dia pada awalnya menyangkakan bunyi dentuman berasal daripada tayar lori pecah di plaza tol berhampiran rumahnya.

“Terdapat bunyi dentuman sehingga pintu rumah bergegar. Saya menyangkakan bunyi tayar kenderaan pecah, sebaliknya terdapat bola api jatuh di Lemahabang,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Lapangan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cirebon, Faozan menjelaskan, pihaknya telah berkoordinasi dengan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) untuk mengesan sumber bunyi tersebut.

“Berdasarkan pemantauan BMKG, memang ada getaran yang direkodkan pada seismograf, tetapi sumbernya tidak jelas. Apa yang pasti ia bukan disebabkan oleh plat tektonik atau gempa bumi,” jelasnya.

Faozan menambah, beberapa saksi melaporkan melihat objek menyerupai meteor atau roket sebelum letupan didengari. 

Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa masih menyiasat dan masih belum dapat mengesahkan sama ada fenomena itu ada kaitan dengan objek angkasa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI