fbpx
POSTECOGLOU berdepan kesukaran untuk mencorakkan prestasi terbaik Forest selepas mereka berdepan satu lagi kekalahan berdepan Newcastle kelmarin. - AGENSI

EPL: Nasib Postecoglou semakin getir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Nottingham Forest, Ange Postecoglou terus berada dalam tekanan hebat dan jawatannya kini mula menjadi perdebatan selepas tewas 0-2 kepada Newcastle di St James Park kelmarin.

Pengurus berusia 60 tahun itu dijangka mengadakan perbincangan dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis memandangkan Postecoglou masih belum mampu menghadirkan sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.

“Apa yang salah dengan sesuatu yang sukar? Mengapa kita mahu semuanya disediakan dengan lebih teratur dan mudah? Saya pasti ibu bapa kamu uga pernah bergelut dalam hidup, namun mereka tidak pernah putus asa.

“Kali ini ada yang tidak kena dan kami perlu mengubahnya dan saya melihat semua ini sebagai peluang yang menarik. Sebab itu saya ambil tugas ini dan anda perlu tahu bahawa kami akan kena berjuang.

“Saya berada di pertandingan ini pada usia 60 tahun dan anda merasakan saya sudah tidak ada keinginan untuk berjuang? Saya berada di sini bukan disebabkan hubungan saya dengan kelab sebaliknya saya memilih untuk berjuang,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, kedua-dua gol The Magpies dijaringkan oleh Bruno Guimaraes dan penyerang baharunya, Nick Woltemade.

“Ini adalah sebahagian daripada Liga Perdana Inggeris dan akan ada pengurus yang akan jadi perhatian. Sekarang giliran saya tetapi sama seperti pengurus lain, kami sedang menikmati cabaran yang dihadapi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI